Current updates:
This place where you know the real of me. Do follow guys

Thursday 27 November 2014

Annoyinggg


Assalamualaikum

Maybe entry kali ini adalah yg terawal dan terakhir untuk thun 2014 .. Ingin aku singkapkan kenangan lama untuk letak dlm entry ni . tpi aku malas .. entry aku dh berkarat tpi aku tkde cat nk cover balik entry aku yg kononnya berkarat ..

Ade laa Sahabat Pena aku ni sgt annoying . annoying thap gaban ..die cabar aku updte entry .
dan ape yg aku nak ckap .. sorry laa aku tkde mood nk update yg bru . esok aku kene gi kem . aku kene kemas mlm ni jugak .. dan aku buat jugak sbb aku tknak give up ! no give up !

Kehadapan Sahabat Pena .. ingat dok lgi ??

Apa khabar saudaridi sana? Semoga sihat walafiat hendaknya.
Tujuan saya menulis 'status' ini hanyalah untuk mengucapkan selamat berjaya kepada saudari dan teman-teman seperjuangan yang lain yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 yang sudah kunjung tiba. Belajar bersungguh - sungguh dan ringankan tulang untuk membuat latihan-latihan tambahan sebagai persediaan bagi menghadapi temasaya itu nanti. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Semoga dengan keputusan yang cenerlang saudari dapat membanggakan orang tua saudari dan juga tenaga-tenaga pengajar saudari di Tanah Wakafan itu. Walhasilnya, saudari juga dapat menggapai impian suadari untuk meneruskan pengajian di Imtiyaz yang selalu bermain-main di fikiran saudari.
Di kesempatan ini juga, saya menghulurkan sepuluh jarimemohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan lain-lain 'ter' lagi. Selaku insan biasa memang saya tidak lari daripada berbuat kesilapan dan kekhilafan. Semoga saudari sudi memaafkan saya yang sering alpa ini.
Saya juga amat berharap agar saudari juga sudi mendoakan saya yang turut berjuang sehabis tenaga bagi mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Sebagai hamba kepada yang Maha Kuasa, kita hanya berusaha tetapi Dialah yang menentukan.
Sampai disini sahaja utusan saya buat masa ini. Semoga kita dapat berutus lagi di lain masa. Semoga berjaya.
Yang benar,
Sahabat Penamu


Terima kasih :)